welcome 2 my zone

Holaa!!!
Zone for sharing..
Sharing information
Sharing StOry
Anything,Anytime..

Enjoy!!!

Thursday, 28 April 2011

Taman Gantung Babylon






   Taman gantung Babylon merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban duhia kuno.Taman gantung Babylon ini wujud dalam Tamadun Mesopotamia/Sumeria merupakan tamadun terawal.Tamadun Mesopotamia muncul di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.Perkataan Mesopotamia bererti "Tanah di antara dua sungai",dan menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M..

   Buah-buahan, bunga-bungaan, pelbagai haiwan dan air terjun, semuanya terdapat dalam taman gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates, kira-kira 50km selatan Baghdad, di Iraq.   



    Sejarawan Mesir kuno, Herodotus, yang hidup sekitar tahun 450 SM, pernah mengatakan, “Keindahan Kota Babilon melampaui keindahan kota-kota tersohor di dunia.”. Ia mengatakan hal itu setelah melihat tembok kota yang dibangun Raja Nebuchadnezzar II cucu kepada Raja Hammurabi yang berkuasa selama 43 tahun – sejak tahun 605 SM – begitu indah dan kokoh.
   Nebuchadnezzar pula yang membangun Taman Gantung. Konon, menurut cerita, taman itu dibangun Nebuchadnezzar untuk menghibur istrinya, Amyitis, putri Raja Medes dari Media yang rindu pada kampung halanamannya yang mempunyai pemandangan seperti kawasan pergunungan dan tumbuh-tumbuhan. Agar Amyitis betah tinggal di Babilon, maka dibangunlah taman itu yang kini tercatat sebagai salah satu keajaiban dunia.
   Pernikahan Nebuchadnezzar dan Amyitis adalah pernikahan politik. Tujuan utama Nebuchadnezzar adalah mempersatukan Kerajaan Babylon dan Media.
Diodorus Siculus, sejarawan Yunani pada masa itu, menggambarkan hebatnya Taman Gantung bagi Amyitis. Menurut Diodorus, lebar taman itu 400 kaki (sekitar 130 meter), panjangnya 400 kaki, sedangkan tingginya lebih dari 80 kaki (sekitar 26 meter). Padahal, tembok Kota Babylon, menurut Herodotus, 320 kaki (sekitar 106 meter).





   Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceriktakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun, menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang.






aku minat cerita ni first time aku 
belaja kat sekolah..
jadi aku post kat sini
apa yang aju ingat n tauk..  



 

1 comment:

Anonymous said...

aku tak pernah tengok gambar yang real ada ker??