welcome 2 my zone

Holaa!!!
Zone for sharing..
Sharing information
Sharing StOry
Anything,Anytime..

Enjoy!!!

Friday, 29 April 2011

Firaun Hatshepsut

     Firaun Hatshepsut merupakan Firaun Wanita pertama dalam pemerintahan tamadun Mesir Purba..Beliau di lantik menjadi Firaun wanita pertama dan memegang tampuk pemerintahan (1501-1479S.M) pada zaman empayar.Prlantikan beliau menjadi Firaun adalah di luar jangkaan kerana sebelum ini takhta Tamadun Mesir purba hanya di pegang oleh kaum lelaki.pembaharuaan yang beliau lakukan menjadikannya setanding dengan pencapaian Firaun yang lain.





                                                                                                                                            Pembaharuan yang dilakukan beliau semasa 
tampukpemerintahnnya ialah pembinaan terusan 
yang telah mengubah padang pasir menjadi tanah 
pertanian yang subur,selain itu juga bidang seni 
bina berkembang pesat apabila ratu itu membina 
ratusan bangunan di hulu dan hilir Mesir.Satu lagi 
sikap yang menyebabkan Ratu Hatshepsut dikenang se
bagai firuan yang unik dalam sejarah kerana beliau b
erpakaian sama seperti firaun lelaki termasuk mengenakan 
janggut palsu.


     Pertemuan semula firaun Hatshepsut menjadi kejayaan besar arkeologi mesir yg selama ni mencari mumia firaun Hatshepsut yg mana sejarah kewujudan dia cuba di lenyapkan oleh anak tiri beliau, beliau telah memerintah mesir setelah kematian suami dia iatu abang tiri beliau, sebelum ni beliau adalah pemangku raja menunggu anak tiri beliau membesar dan ambil tampok pemerintahan mesir dari firaun Hatshepsut.Tampuk pemerintahan Ratu Hatshepsut berpindah kepada anak lelaki tirinya, Thutmose III pada 1458 SM dan ratu itu menemui ajal secara misteri pada tahun sama.Selepas kematian Hatshepsut, segala bukti kewujudannya dilenyapkan dan penyelidik percaya usaha jahat itu didalangi anak lelaki tirinya yang berdendam dan cemburu dengan kejayaan pemerintahan ratu berkenaan.Firaun Hatshepsut membawa kemakmuran kepada Mesir tetapi selepas 21 tahun memerintah dengan cemerlang, tiba-tiba jasad dan bukti kewujudannya dilenyapkan pihak tertentu seolah-olah sejarahnya hanya dongeng dan beliau tidak pernah wujud di dunia ini.


 










 FAKTA: Firaun Hatshepsut
Selain Hatshepsut,terdapat juga firaun wanita yang lain seperti Merneith dan Sobekneferu.Hatshepsut adalah satu-satunya anak kepada firaun Thutmose I dan Ratu Ahmose selepas adik perempuan kandungnya, Neferubity, meninggal dunia ketika bayi. Beliau bagaimanapun memiliki empat saudara lelaki tiri iaitu Wadjmose, Amenose, Thutmose II dan Ramose.Saudara lelaki tirinya, Wadjmose dan Amenose pada mulanya dipilih untuk menggantikan takhta bapa mereka tetapi kedua-duanya meninggal dunia sebelum remaja.Hatshepsut bijak bermain politik dan hasil propaganda wanita itu menyebabkan bapanya melantik beliau sebagai pewaris takhta kerajaan.Hatshepsut mengahwini saudara lelaki tirinya, Thutmose II dan mereka memerintah bersama selama 13 tahun.Perkahwinan dengan Thutmose II menyebabkan mereka memperoleh seorang puteri, Neferure. Hatshepsut memilih Nefurure sebagai pewaris takhta tetapi puterinya itu turut meninggal dunia.Thutmose II turut berkahwin dengan Isis dan memperoleh seorang putera, Thutmose III
Thutmose II meninggal dunia meninggalkan Thutmose III sebagai satu-satunya zuriatnya tetapi putera itu tidak dilantik sebagai pewaris takhta kerana masih muda tambahan pula lelaki itu anak kepada isteri kedua Thutmose II. Keadaan itu menyebabkan Hatshepsut terus memerintah sebagai firaun.Selepas 21 tahun memerintah Mesir, Hatshepsut meninggal dunia dan tempatnya diambil Thutmose III.
 
 
 
 
 
 
 
 
 aku minat sejarah nie..
past kat sini untuk di kongsikan...

No comments: