"Sudah lama aku pendam perasaan dalam lubuk hatiku ini.Ingin ku katakan kepadamu bahawa aku sangat mencintai mu.Sudikah kau menjadi pendampingku,wahai bidadariku?"kata seseorang lelaki kacak sambil memegang kedua-dua tangan Amanda yang halus itu.
"Ya,aku..er.."
"Amanda..!Amanda..!"
Kedengaran suara Datin Aisyah memanggil Amanda .Amanda bangun sambil mengeliat malas dengan nakalnya berkata"alah...mak ni..Amanda baru saja dilamar oleh seorang jejaka yang kacak lagi macho,.."sambil teringat-ingatkan mimpinya tadi.
"Amanda..jangan nak berangan-angan ya.dah lewat dah ni,ayah tengah tunggu kamu tu di pejabat untuk menandatangani kontrak syarikat kamu tu.pergi bersiap cepat!arah Datin Aisyah.
"Ye lah..ye lah.."kata Amanda lalu mencapai tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik mandi....
* * * * * *
Pintu bilik dewan Hotel Crystylish itu terbuka.semua anak mata yang hadir sempena majlis menandatangani kontrak kerjasama antara pengurus syarikat Hotel Crystylish , cik Amanda dengan syarikat perkapalan Mastago,Encik Reza,tertumpu pada amanda yang datang lewat itu.Amanda lalu duduk di kerusi khas di atas pentas.Dia duduk bersebelahan dengan Reza.Reza tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap acara yang sedang berlangsung kerana dia terpesona melihat kecantikkan Amanda.
Amanda dan Reza mula menandatangani kontrak kerjasama antara syarikat mereka dan kemudiannya berjabat tangan.Reza hampir tidak mahu melepaskan genggaman tangan Amanda yang halus lagi putih itu.
Semua yang hadir di majlis itu dihidangkan dengan beberapa jamuan."Eh,cik Amanda ..kau berkenan ke dengan jejaka itu?dari tadi aku lihat kau asyik memandangnya,ada apa-apa ke?"tegur Dania ,setiausaha Hotel Crystylish yang juga merupakan kawan baik Amanda."boleh tahan juga orangnya ya..segak gitu"balas Amanda."eh,kau ni..pakaiannya memanglah segak tapi rupa parasnya...ohh please lah,i think your taste not for the guy like that ok!jawab Dania sambil menahan ketawanya."Eh kau ni.. ok apa,lagipun tak baik tau cakap macam tu kat orang"kata Amanda lagi.kemudian Amanda meninggalkan Dania lalu menuju ke arah Reza dan menyapanya"hai Reza,nice to meet you"Amanda menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Reza.Dalam keadaan terkejut Reza menyambut juga salam Amanda.
"nice to meet you too"kata reza.reza membawa amanda ke sebuah kafe yang berada di tingkat satu hote ltu kerana suasana di dewan tersebut mereka hingar-bingar.mereka saling berkongsi cerita
mengenai diri masing-masing.ada kalanya kedengaran gelak ketawa amanda yang come itu.maklumlah,amanda ni seorang yang ceria.dari sanalah bermulanya perkenalan yang telah menimbulkan perhubungan intim antara amanda dan reza..sekiranya mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehinggakan tak dapat bertemu,telefon bimbit lah yang menjadi alat perhubungan mereka untuk melepas rindu yang bertamu dalam jiwa masing-masing.
* * * * * *
hari ini reza akan kembali ke malaysia.sudah dua minggu reza berada di tanah arab saudi atas urusan perniagaan.